Kata-kata Aluan Pengerusi
Jemaah Pengurus Sekolah

En. CHAN SONG SAN

 

Pada zaman purba, segala maklumat dan ilmu disebarkan melalui cara yang lama dan lambat. Ketika itu manusia terpaksa bersusah payah memikirkan pelbagai cara untuk memperolehi ilmu yang lebih. Tidak kurang pula yang berhijrah dari satu rantau ke rantau yang lain kerana tujuan tersebut.

Dengan kemajuan sains dan teknologi, manusia kini lebih bertuah kerana bukan sahaja segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah bahkan pertukaran fikiran dan ilmu pengetahuan dapat dijalankan hanya dengan menekankan butang sahaja. Ini menunjukkan satu era baru dalam penyebaran maklumat.

Sehubunga dengan ini, saya berharap semua murid dan guru sekolah ini mendapat manfaat dari pelancaran homepage ini dan menjadi golongan yang berkembang seiring derngan perkembangan Teknologi Maklumat.

 

Sekian, terima kasih.

 

CHAN SONG SAN

Pengerusi,
Jemaah Pengurus Sekolah J/K (Cina) Yu Ming, Sanglang.