SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Yu Ming, Sanglang, Pontian, Johor ditubuhkan pada 14hb, September, 1941 atas usaha gigih beberapa orang pemimpin tempatan serta sokongan kewangan daripada penderma, peniaga dan orang ramai yang memperjuangkan kemudahan mendapatkan pendidikan ibonda (Bahasa Cina) di Kampong Sanglang, Pontian ketika itu.

Dengan semangat yang berkobar-kobar maka sebuah bangunan sementara yang serba kekurangan telah dibina di tapak sekolah sekarang. Keluasan sekolah ini ialah seluas 3r 12p atau 0.334 ha.

Pada tahun 1961, pihak sekolah telah mendapat peruntukan daripada pihak Kerajaan maka tiga buah bilih darjah telah dibina. Dari tahun 1978 hingga 1993, pihak sekolah telah mendapat banyak peruntukan daripada pihak Kerajaan, maka sebuah gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, perpustakaan, kantin, bilik pusat sumber, dan bumbung bangunan lama telah digantikan dan dibina semula. Pada tahun 1992, dengan mendapat peruntukan sebanyak sembilan ribu ringgit dan mengutip derma hampir dua puluh empat ribu ringgit, maka 2 buah bilik darjah, Pejabat Guru dan Pejabat Guru Besar telah dibina semula dan dicatkan.

Dengan usaha pihak Jemaah Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru Sekolah ini, sekolah telah bekembang dengan pesat dari segi fizikalnya.

Pada akhir tahun 1989, Guru Besar sekolah En. Tan Kee Leng telah bersara wajib. Pada bulan Mac 1990, En. Tee Kek Chok telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar. Mulai 1hb Julai, 1997, En. Yeap Chin Kiong menjadi Guru Besar di Sekolah ini.

Pada tahun 1998, bilangan murid sekolah ini adalah sebanyak 63 orang. Bilangan guru adalah lima orang dan seorang Pekerja Rendah Awam. Secara keseluruhannya bilangan murid di sekolah ini semakin berkurangan setiap tahun.