Kata-kata Aluan
Pengerusi PIBG

En. LEE SENG HUAT

 

Terlebih dahulu saya menmgucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang merakamkan sepatah dua kata sempena dengan pelancaran homepage Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Ming , Sanglang di internet.

Dalam zaman Teknologi Maklumat ini, dunia telah menjadi semakin kecil kerana penebaran maklumat dapat dilaksanakan dengan begitu pantas sekali. Kebolehan mengaplikasi program-program komputer dan internet merupakan faktor yang sangat penting untuk bersaing dengan orang lain dalam pelbagai sektor.

Akhir kata, saya berharap semua anggota sekolah ini merebut peluang ini dengan menmguasai kemahiran melalui penggunaan internet. Semoga pelancaran ini membawa tahap kemajuan yang lebih tinggi kepada sekolah pada keseluruhannya.

 

Sekian, terima kasih.

LEE SENG HUAT

Pengerusi,
Persatuan Ibubapa & Guru-Guru,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yu Ming,
Sanglang, Pontian, Johor, Malaysia.